1. Perbadanan Perhutanan Sarawak,SFC digesa untuk mengamalkan sikap terbuka bukan sahaja dalam penguatkuasaan tetapi dalam penyelidikan dan pembangunan, R & D.

2. Pengerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak Sendirian Berhad, SFC, Datu Dr Yusoff Haniffah memberitahu empat teras strategik telah digariskan oleh Perbadanan itu agar sejajar dengan perubahan dasar, arahan dan tuntutan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dua tahun lepas.

3. Sarawak akan mempertimbang untuk melaksanakan program usahawan bergerak atau lebih dikenali sebagai 'Mobile-Preneur' yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada golongan petani di luar bandar negeri ini.

4. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, KKLW bercadang untuk menubuhkan 'Mobile-Preneur Call Centre' bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan usahawan bergerak di tempat mereka.

5. Kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek kerajaan perlu mengikut spesifikasi pembinaan yang ditetapkan atau disenaraihitamkan dari mendapat projek kerajaan.

5. Kerjasama kukuh antara kerajaan dan komuniti perniagaan amat diperlukan dalam proses mentransformasikan Sarawak ke arah status negeri maju menjelang 2030.

7. Jabatan Kerja Raya, JKR menyasarkan untuk menyiapkan kerja-kerja naiktaraf dan penurapan 15-kilometer pertama Jalan Miri-Marudi pada bulan Jun tahun depan sebagai pencapaian peringkat pertama projek.